Thursday, February 16, 2012

kOLAM AIR PANAS DI ULU SLIM



Kepada rakan-rakan yang berminat dengan program gaya hidup sihat adalah di jemput untuk menikmati kolam air panas terletak di Ulu Slim yang di selenggara Majlis Daerah Tanjong Malim. Orang dahulu mengunakan air panas ini bagi mengubati pelbagai sakit kulit. Bila berkunjung jangan lupa membawa raga dan telur ayam atau telur itik yang boleh di rebus disitu.

Thursday, October 20, 2011

SELAMAT DATANG HALAMAN KRB HEALTH FARM.
Matlamat halaman ini adalah untuk mengajak kita bersama-sama menikmati gaya hidup sihat. Saya mempromosi makanan tambahan untuk merperbaiki kesihatan, produk kecantikan dan dandan diri ,produk rumah, dan alatan dapur.Perkhidmatan di adakan di BJKK Corner di Kelana Jaya. Masa urusan adalah :-Pada hari Isnin hingga hari Khamis dari 8.00 pagi hingga 10.30 pagi dan dari 5.00 petang hingga 6.30 petang. Pada lain-lain hari urusan adalah melalui temujanji.
Rekreasi diadakan di Taman Rekreasi Semula jadi KRB di Slim Village, Perak .Diantara aktiviti - aktiviti yang boleh diaturkan adalah :-
(a ) Berkunjung ke kolam air panas Ulu Slim
(b ) Mandi/ Berkelah di Sungai Bil
(c ) Berdayung sampan di Tasik Kampong Lintah
(d ) Berbasikal
(e ) Jungle Trekking
(f ) Perubatan Tradisional
Kemudahan tempat tinggal bagi mereka yang ingin bermalam adalah di rumah tradisional Melayu samada rumah yang ada letrik atau menggunakan pelita diwaktu malam.Tidur beralasan tikar atau tilam nipis.